P.Ramlee – Kisah Rumah Tangga

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadangkala terdapat
Si isteri memerintah suami

Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu hensem
Rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri alah abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah abang
Kena queen control

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

Oh kadang pula terdapat
Suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami ya Allah macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati
Download